Ikan Tilapia

Ikan Patin

Keli

Ayam Tua

Ikan Sultan

Kah Guan merupakan pemborong perikanan dan penternakan yang bertempat di Sarawak. Bekalan ikan yang disalurkan oleh Kah Guan terdiri daripada ikan sultan, patin, bawal air tawar, tilapia, keli dan banyak lagi untuk pilihan pelanggan. Antara ikan-ikan ini, ikan keli dibekalkan dalam keadaan segar dan hidup. Selain ikan air tawar, kami juga menawarkan pelbagai jenis ikan yang diimport seperti Selayang, Sardine, Tongkol, Kembung dan Ikan Susu. Bagi hasil penternakan pula, keutamaan diberi kepada ayam betina tua petelur dan pedaging. Terdapat juga bekalan ayam berdaging hitam serta itik untuk memenuhi permintaan pasaran. Kah Guan menyediakan ayam hidup, ayam keseluruhan beku dan ayam keratan beku (dada, sayap, paha dan lain-lain) untuk pilihan pelanggan. Kah Guan juga memberi perkhidmatan selepas jualan khas, iaitu penghantaran tetap sebanyak empat hari seminggu ke semua daerah dan kawasan di Sarawak. Kami amat mengalu-alukan anda untuk berhubung dengan kami.
Powered by Tempera & WordPress.